Kelas Pengenalan Asas Komputer dan Microsoft Office Word
7 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mei yang lalu, PI PPR Kg Muhibbah telah mengadakan Kelas Pengenalan Asas Komputer dan Microsoft Office Word kepada suri rumah sekitar PPR Kg Muhibbah. Seramai 8 orang peserta telah menyertai kelas ini yang bermula pada 3.00 petang sehingga 5.30 petang. Para peserta telah mempelajari secara asas mengenai peralatan computer dan cara untuk menggunakannya.
Kelas seperti ini adalah seiring bagi membantu masyarakat setempat untuk sama-sama celik IT dan cerdik untuk menggunakan teknologi bagi membantu mereka dalam kehidupan seharian. Kelas seperti ini akan dibuat kesinambungannya bagi membantu para wanita dan suri rumah untuk lebih efektif dan secara langsung mendapat pengetahuan baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: